Proses Penciptaan Manusia dan Hubungkait Dengan Psikologi Dakwah
Pendahuluan
Menurut pembacaan dan penelitian penulis, penciptaan manusia itu
terbahagi kepada tiga jenis. Jenis yang pertama adalah awal permulaan
penciptaan adam yang dijadikan dari tanah kemudia ditiupkan roh oleh Allah
menjadi insan yang mulia. Kemudian jenis yang kedua adalah kejadian hawa iaitu
wanita pertama, diciptakan daripada tulang rusuk kiri nabi Adam. Seterusnya
daripada kedua-dua ini, maka bertambahlah bilangan manusia hingga ke hari ini.
Proses yang berlaku selepas kejadian nabi Adam dan juga Hawa adalah daripada
pencatuman mani lelaki dan perempuan. Manusia adalah makhluk yang istimewa yang diciptakan berbeza dengan makhluk
yang lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran dan daya ciptaan yang
boleh mengatasi makhluk-makhluk yang lain. Allah tidak menciptakan manusia
dengan sia-sia tanpa ada tujuan yang perlu dipertanggungjawabkan kepada kita.
Proses penciptaan manusia
Manusia adalah satu makhluk
yang sangat unik dan sempurna penciptaanya.
Dijadikan dari air mani yang hina kemudian diangkat menjadi khalifah
yang sangat agung mengalahkan makhluk lain. Asal usul manusia bermula dari adam
dan hawa. Manusia bukan terjadi secara tiba-tiba tetapi penciptaannya adalah
dengan sebab kuasa dan keizinan Allah. Penciptaan manusia adalah secara
berperingkat berdasarkan sepotong ayat Al-Quran :
Terjemahan: "Padahal Sesungguhnya ia telah menciptakan kamu
Dengan kejadian Yang berperingkat-peringkat?
Berdasarkan Tafsir Jalalyn[2],
ayat tersebut membicarakan bahawa sesungguhnya Dia, iaitu Allah telah
menciptakan manusia dalam beberapa tingkatan atau peringkat kejadian. Lafaz
athwaaran bentuk jamak dari lafaz thaurun, artinya tahap; yakni mulai dari
tahap air mani kemudian menjadi darah kental atau alaqah, hingga menjadi
manusia yang sempurna bentuknya. Ayat seterusnya menceritakan dengan lebih
terperinci berkaitan dengan proses penciptaan manusia.
ôs)s9ur $oYø)n=yz z`»|¡SM}$# `ÏB 7's#»n=ß `ÏiB &ûüÏÛ ÇÊËÈ §NèO çm»oYù=yèy_ ZpxÿôÜçR Îû 9#ts% &ûüÅ3¨B ÇÊÌÈ ¢OèO $uZø)n=yz spxÿôÜZ9$# Zps)n=tæ $uZø)n=ysù sps)n=yèø9$# ZptóôÒãB $uZø)n=ysù sptóôÒßJø9$# $VJ»sàÏã $tRöq|¡s3sù zO»sàÏèø9$# $VJøtm: ¢OèO çm»tRù't±Sr& $¸)ù=yz tyz#uä 4 x8u$t7tFsù ª!$# ß`|¡ômr& tûüÉ)Î=»sø:$# ÇÊÍÈ
[3]
Terjemahan : dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu
(setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;. Kemudian Kami ciptakan air
benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian
Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami
bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan
dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Peringkat penciptaan manusia terbahagi
kepada 6:
- Peringkat
Nutfah
- Peringkat
Alaqah
- Peringkat
Mudghah
- Peringkat Izam
dan Lahm
- Peringkat
Nasy'ah Khalqan Akhar
- Peringkat
Nafkhur-Ruh
Hubungkait antara penciptaan manusia dengan
psikologi dakwah.
Pertama, kecintaan dan keimanan kepada Allah itu semakin meningkat
kerana Allah telah memilih kita untuk menjadi hamba dan khalifah di muka bumi
ini. Kekuasaan dan kehebatan Allah seharusnya membuka mata hati kita bahawa manusia itu diciptakan
dengan kehebatan dan adalah dalam jangkaan dan jadual Allah. Kita bukannya
terjadi dengan secara alami atau semulajadi tetapi melalui dengan keizinan Allah
untuk melalui sebuah peringkat proses penciptan yang sangat rapi. Jadi, kenapa
kita harus sombong dan takabur dengan pencipta kita sendiri?. Selain itu,
penciptaan manusia membuktikan lagi kebenaran al-quran sebagai wahyu dan
mukjizat daripada allah. Maka dengan hal tersebut, seharusnya kita akan lebih
bertambah keimanan kepada kitab al-quran iaitu semua yang telah dinyatakan dan
disebutkan al-quran. Al-quran telah membuktikan bahawa semua yang terkandung
didalamnya adalah kalam allah bukannya kalam nabi Muhammad. Setiap perkataan
yang digunakan dalam menerangkan sesuatu perkara adalah sangat tepat dan sesuai
penggunaanya. Sebagai contoh, lafaz ‘mudghoh’ menunjukkan seakan sesuatu yang
digigit dengan meninggalkan kesan gigitan, dan hal seperti itu yang berlaku
ketika proses mudghoh berlaku. Tulang belakang janin yang terbentuk seakan gigitan
ke atas gula getah.
Selain itu, islam telah menegaskan bahawa manusia itu diciptakan
merangkumi jasmani dan rohani. Kedua aspek ini perlu dijaga ketika masih dalam
kandungan ibubapa. Personaliti dan perwayakan seseorang anak itu bertitik tolak
dengan bagaimana seorang ibu menjaga pemakanan, tingkah laku, percakapan,
hubungan dengan Allah, dan hubungan dengan masyarakat di sekeliling mereka.
Seorang ibu yang solehah semestinya telah mempersiapkan diri dengan pelbagai
ilmu rumahtangga dan juga ilmu menjadi ibu, sebelum mereka menjejak ke alam
perkahwinan. Hal ini supaya mereka lebih bersedia dan kuat untuk menempuhi
tempoh mengandung. Tanggungjawab untuk melahirkan seorang insan yang solehah
bermula dari sekarang, iaitu wanita pada hari ini perlu mempelajari pelbagai
ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah supaya dapat menjalankan tanggungjawab
sebagai isteri dan ibu dengan lebih baik. Terdapat pelbagai cara untuk menuntut
ilmu antaranya adalah dengan menghadirkan diri ke kuliah agama, mendengar
ceramah agama di corong radio dan youtube, dan membaca buku berkaitan dengan
ilmu kekeluargaan. Aspek rohani itu perlu dijaga dengan seimbang jika benar
ingin melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Jasmani dijaga dengan banyakkan
melakukan aktiviti, pastikan pemakanan
berkhasiat yang mencukupi nutrisi kepada bayi dan juga ibu selain sentiasa
mempositifkan diri. Maka, usaha yang dilakukan akan mendapat natijah yang
setimpal dengan keizinan Allah.
Keunikan proses kejadian manusia menunjukkan
kebesaran dan keagungan kuasa Allah Taala yang mampu menciptakan sesuatu
daripada tiada kepada ada dan berkembang menjadi seorang manusia sempurna
melalui proses dan peringkat-peringkat kejadian dalam rahim seorang ibu yang
mengalami perubahan demi perubahan bermula dari setitis air mani sehingga
menjadi seorang bayi. Manusia dijadikan oleh Allah dari setitis air mani yang
hina, ini menunjukkan betapa Agung dan Maha berkuasanya Allah yang menjadikan
kita manusia seelok-elok kejadian hanya dengan setitis air mani yang hina. Kita
juga dapat lihat bagaimana kebesaran Allah Taala itu terhadap seseorang manusia
bermula dengan saat bagaimana kita diwujudkan dan dibentuk serta disusun setiap
organ dan anggota badan itu dengan begitu baik sekali serta dilengkapi dengan
fungsi yang berbeza dan boleh bergerak seiring dalam satu masa.
Seterusnya adalah apabila kita faham bahawa proses penciptaan
bermula dengan persaingan antara beribu-ribu sperma untuk masuk ke dalam ovum,
maka kita akan menjadi lebih bersyukur dengan siapa diri kita. Sesungguhnya
kita manusia yang dilahirkan ke atas muka bumi ini adalah juara yang
memenangani persaingan di antara beribu sperma untuk menjadi manusia.
Seharusnya perbuatan yang kita lakukan perlu menunjukkan kita adalah sang
juara. Seorang juara tidak akan melakukan sesuatu perkara yang merosakkan diri
sendiri malah dia akan berusaha bersaing dengan orang lain untuk menjadi yang
terbaik sesuai dengan fitrah ‘juara’ di dalam rahim. Mungkin terkadang insan
itu kecundang dengan melakukan dosa kepada pencipta, namun yang terbaik adalah
kembali ke jalan yang benar. Sifat manusia itu adalah sering alpa dan terlupa
serta mudah terlalai tetapi allah itu maha pemurah denga memberi peluang dan
kesempatan untuk bertaubat selagimana kita masih bernafas.
Disebabkan manusia ini berbeza dengan makhluk
lain, maka manusia ini mempunyai tugas tertentu untuk dilaksanakan yang mana
segala amanah ini akan dipersoalkan di akhirat kelak.Tujuan kita diciptakan
adalah untuk menjadi khalifah (pengganti) di bumi ini bagi memajukan dan memakmurkan
segala isi bumi dengan baik dan sesuai dengan tuntutan syariat yang telah
ditetapkan. Kita adalah makhluk yang diuji, segala tanggungjawab dan amanah
yang terletak di bahu kita mendorong kita untuk berfikir bagaimana untuk
melaksanakan syariat Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat berteraskan
akidah, ibadat, akhlak dan muamalat sesama manusia supaya ianya berjalan
selaras dengan amanat dan perintah Tuhan. Jadi untuk membentuk insan kamil yang
mampu menyempurnakan tugas penting ini perlu dibentuk dan dididik bermula dari
alam rahim lagi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam al-quran telah banyak menyebut mengenai proses
kejadian manusia bermula dari alam rahim sehingga ke peringkat kelahiran
seseorang insan ke muka bumi ini dan seperti yang digambarkan dalam al-quran
dan dilihat sendiri secara alami proses kejadian ini membuktikan betapa
hebatnya kekuasaan Allah Taala yang menciptakan manusia. Jika diteliti dan
direnungkan betapa hebatnya penciptaan kita ini, maka akan terbit rasa syukur dalam diri kita
sebagai insan terpilih oleh Allah untuk diciptakan dengan sebaik-baik kejadian
dengan dikurniakan fizikal yang elok, rohani dan juga akal fikiran. Justeru,
kita perlu menjaga amanah Allah ini dengan penuh tanggungjawab bermula dari
dalam rahim supaya apabila ia dilahirkan akan dapat menyumbang ke jalan
kebaikan. Jika dilihat dari sudut psikologi kita sering beranggapan bahawa
tingkah laku dan sikap dibentuk sewaktu zaman kanak-kanak dan zaman bayi amat
penting dalam membentuk kehidupan, tetapi sebenarnya ketika anak itu dalam
rahim juga amat penting untuk membentuk
anak itu terus hidup dan lahir sebagai insan berguna kerana semenjak di
alam rahim lagi kita dikurniakan pendengaran dan penglihatan sebagai alat terpenting
untuk mendapat maklumat tentang apa yang ada di sekeliling kita. Oleh sebab
itu, setiap ibu yang mengandung disarankan untuk mengamalkan perkara-perkara
yang baik seperti membaca surah-surah pilihan supaya anak yang dikandung
mendapat manfaat dan kebaikan dari apa yang didengari dari ibunya semasa di
alam rahim dan dapat mempengaruhi kehidupannya bila ia dilahirkan ke dunia
nanti.
Rujukan
Zainab Mamat, “ Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran: Kaitannya
dengan Ilmu Perubatan Moden”, Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1994/1995.
Amina Noor, “Mendidik Anak Pintar Cerdas Bermula dari Alam Rahim”,
(Kuala Lumpur : Darul Nu’man,1998).
Zainab Mamat, “ Proses Kejadian Manusia
Menurut Al-Quran: Kaitannya dengan Ilmu Perubatan Moden”, Latihan Ilmiah,
Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1994/1995.
Amina Noor, “Mendidik Anak Pintar Cerdas
Bermula dari Alam Rahim”, (Kuala Lumpur : Darul Nu’man,1998).
Ab Aziz Mohd Zin, “ Strategi Dakwah dalam
Sirah Nabi s.a.w”, (Kuala Lumpur : Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012).
Taufiq, Muhammad Izzuddin. Dalil Anfus Al-Qur'an Dan
Embriologi:(ayat-ayat tentang penciptaan manusia). Tiga Serangkai, 2006.
Iswanto, Agus. "Relasi Manusia dengan Lingkungan dalam
Al-Qur'an Upaya Membangun Eco-Theology." SUHUF Jurnal Pengkajian
Al-Qur'an dan Budaya.
Jasmi, Kamarul Azmi. "Al-Quran Satu Mukjizat yang
Menakjubkan." Penciptaan Manusia dari Perspektif al-Quran. Skudai,
Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia Pres (2013).
Qutb, Sayyid, and Yusoff Zaky Haji Yacob. Tafsir Fi Zilalil
Quran. Islamic Academy, 1989.
No comments:
Post a Comment