Definisi dakwah
Perkataan dakwah berasal daripada bahasa
Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah dalam bahasa
arab yang paling menonjol ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput,
mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut peristilahan ahli dakwah
perkataan tersebut atau yang asalnya
dakwah islamiah mempunyai maknanya yang tersendiri.
Muhammmad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program
(barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu
pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat
hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
Manakala Dr. Muslih al-Bayumi (1976), mendefinsikan dakwah itu sebagai pelaksanaan
alim ulama’ dan orang-orang orang yang memahami agama, mengajar orang ramai
supaya mereka dapat memahami perkara-perkara agama dan dunia sekadar kuasa yang
ada pada mereka. Yusuf al-Qardhawi (1983) menakrifkan dakwah sebagai satu usaha
menarik orang lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk Allah S.W.T. dan
melaksanakan segala ketentuan Allah S.W.T.
Al-Khuly mendefnisikan dakwah sebagaimana
yang dikutip oleh Moh. Natsir Mahmud, iaitu: ‘Mengubah umat dari suatu situasi
ke situasi yang lain.’
Syekh Ali Mahfudz memberikan pengertian
dakwah adalah sebagai berikut: “Mendorong manusia atas kebaikan dan petunjuk
dan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran guna mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.”
Pengertian tanggungjawab
Tanggung jawab juga berkaitan dengan
kewajiban. Kewajiban adalah sesuatu yang dibebankan kepada seseorang.
• 2 Jenis kewajiban:
1) Kewajiban Terbatas
Kewajiban ini tanggung jawab diberlakukan
kepada setiap orang. Contohnya undang-undang larangan membunuh, mencuri yang
disampingnya dapat diadakan hukuman-hukuman.
2)Kewajiban tidak Terbatas
Kewajiban ini tanggung jawabnya
diberlakukan kepada semua orang. Tanggung jawab terhadap kewajiban ini
nilainya lebih tinggi, sebab dijalankan oleh suara hati, seperti keadilan dan
kebajikan.
·
Jenis-jenis tangggungjawab
1. Tanggungjawab kepada tuhan( Allah)
2. Tanggungjawab manusia terhadap diri
sendiri
3. Tanggungjawab kepada keluarga
4. Tanggungjawab kepada masyarakat
5. Tanggungjawab kepada negara
Kaedah, Rukun Dan Uslub Dakwah.
Dalam surah al-Nahl, ayat ke 25 ada menyentuh perihal pendekatan
dakwah sebagai panduan kepada para pendakwah. Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka
(yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Seseungguhnya Tuhanmu
Dial ah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
Manakala Syed Qutb menghuraikan bahawa
pendekatan dakwah menurut ayat ini terbahagi kepada tiga kaedah.
·
Hikmah iaitu kebijaksanaan. Pendakwah perlu
melihat kepada jenis sasaran dakwah dan suasana mereka, teknik seruan serta
ajakan yang harus disampaikan dan tidak membebani mereka sebelum mereka
bersedia.
·
Nasihat yang baik boleh meresap ke dalam jiwa
tanpa kekerasan untuk menjauhi maksiat dan kerosakan.
·
Perdebatan dengan cara yang baik untuk
menjelaskan kepada sasaran prinsip-prinsip yang logik sehingga mereka dapat
memikirkannya dan tunduk kepada kebenaran.[1]
Manakala rukun dakwah pula
terbahagi kepada 5 bahagian iaitu al-Dai', al-Mad'uu al-dakwah, al-maudhu'
al-dakwah, al-uslub al-dakwah dan wasilah. Pendakwah ialah orang yang terlibat
dalam aktiviti-aktiviti dakwah sama ada secara individu atau berbentuk kumpulan.
Al-Quran mencatatkan seramai 25 rasul dan nabi telah melaksanakan kewajian
berdakwah sepanjang zaman masing-masing. Di antara sifat mereka yang telah
digariskan sebagai ciri-ciri pendakwah ialah mempunyai keilmuan yang mendalam,
niat yang khlas, baik tingkahlaku,bersemangat juang dan berkorban. Contohnya
seorang endakwah mestilah mempunyai keilmuan yang berasaskan al-Quran dan
al-Sunnah di samping mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu-ilmu lain yang
boleh membantu terhadap penyebarab dakwah yang efektif. Mereka juga mesti
mempunyai niat yang ikhlas, berakhlak mulia dan mempunyai daya semangat juag
yang tinggi sebagaimana yang telah ditunujukkan oleh para nabi dan rasul
khusunya Nabi Muhammad s.a.w.Al-Mad'uu iaitu sasaran atau penerima dakwah. Penerima
dakwah pula terbahagi kepada sasaran yang bukan Islam dan yang Islam itu
sendiri. Konsep erdakwah bukan hanya kepada yang bukan Islam sahaja atau yang
Islam sahaja tetapi kedua-duanya sekali kerana matlamat berdakwah adalah untuk
menyampaikan kebnaran dan mnegajak manusia ke arah melakukan kebaikan dan
menegah sebarang kemungkaran . Al-maudhu' ialah apa yang didakwahkan kepada
sasaran dakwah iaitu apa yang dikenali sebagai objek atau topik dakwah. Maudhu'
yang disampaikan adalah melalui asas-asas dakwah contohnya aqidah, syariah dan
akhlak atau seumpamanya yag dapat mendekatkan diri penerima dakwah kepada
Allah.
Uslub al-dakwah merupakan teknik
atau cara berdakwah. Ia merupakan cara, kaedah atau lebih dikenali metod dalam
penyampaian dakwah. Metod tersebut meliputi perkara-perkara seperti melakukan
secara berperinglat-peringkat, dengana penuh hikmah dan baik serta pelbagai
cara lagi. Dalam perkara ini teknik dalam sirah Nabawiyah yang harus dijadikan
pedoman. Contoh dakwah para nabi dan rasul yang boleh dijadikan asas
melaksanakan dakwah. Begitu juga contoh yang digunaka oleh Rasulalah s.a.w
khususnya dakwah secara sulit ataupun secara terang- terangan. Manakala wasilah
dakwah pula merupakan alat atau media yang digunakan dalam menjalankan proses
penyampaian dakwah. Wasilah yang dimaksudkan termasuklah dengan media cetak
atau melalui media elektronik seperti television, radio, internet dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment