Pendahuluan
Subjek dakwah dan retorik telah memberi saya peluang dan
ruang dalam mencari pelbagai unsur retorik dalam sesebuah karya. Dimana, ia
adalah satu perkara penting dalam mencipta karya baru pada masa akan datang.
Cerpen yang saya pilih ialah cerpen pendek yang telah ditulis oleh seorang
remaja, Suhili Bin Naim. Menggunakan latar belakang tempat di tanah perkuburan
membuatkan saya tertarik untuk memilihnya sebagai cerpen pilihan saya bagi
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Bagi saya, benar apa yang
diperkatakan di dalam cerpen sana, dimana setiap jenazah yang dikebumikan seharusya
diambil iktibar untuk kehidupan seharian, tetapi ramai manusia pada hari ini
merasakan kematian adalah sesuatu yang normal malah apabila dihantar jenazah ke
tanah perkuburan tidak memberi makna kepada hati mereka.
Dalam menulis sesebuah cerpen, telah dititkberatkan oleh para
penulis luar sana tentang peri pentingnya unsur-unsur retorik dalam
menyampaikan sesuatu cerpen atau puisi atau sajak yang mampu menarik ramai
khalayak untuk melekat dengan cerpen yang ditulisnya.
Tema
Penulis menonjolkan satu tema yang berkaitan kehidupan
yang akan dirasai oleh manusia, iaitu mati. Tanpa mengira usia dan waktu, mati
itu pasti menjemput sesiapa sahaja yang telah di tentukan oleh sang pencipta.
Berlatar belakangkan tanah perkuburan, mengingatkan yang hidup tentang satu
masa yang kita semua akan digalikan orang untuk mengambusi jasad kaku tanpa
nyawa. Pada pandangan saya, setiap yang bernyawa itu pasti akan menghembuskan
nafasnya yang terakhir dengan cara yang baik ataupun terseksa. Yang menentukan
cara itu bukan kita tapi setiap amalan yang telah dilakukan sepanjang kehidupan
dilalui. Kata orang dulu-dulu, hidup itu satu kemungkinan tetapi mati itu satu
kepastian. Terkadang, ramai yang terleka
dengan keenakan dunia, berfoya-foya, tersalah jalan, sehingga melupakan kehidupan yang kekal
abadi,iaitu akhirat sana.
Tema yang dipilih sebenarnya hidup dan segar sehingga
kiamat tiba kerana setiap yang bernyawa pasti akan dijemput ilahi dan tidak ada
yang akan lari dari kematian yang hakiki. Malah kematian yang diceritakan perlu
diambil pengajaran oleh setiap yang menghantar jenazah ke tanah perkuburan,
supaya berlaku perubahan yang baik malah meningkatkan amalan untuk berjumpa
dengan ilahi dengan cara yang paling baik dan dipermudahkan untuk ke akhirat
sana. Pemilihan tema sangat tepat bagi pembaca tidak kira peringkat umur, malah
kanak-kanak juga sering kali diceritakan
tentang kematian yang pasti menjemput tuanya tepat pada masa yang ditetapkan.
Plot dan konflik
Menurut cerpen ringkas yang telah dipilih, plot dan
konflik dalaman yang berlaku dimana ia hanya satu perbualan yang mana menyentuh
perasaan dan pemikiran pembaca apabila pembaca mula berfikir dan mengiyakan
tentang sesuatu pertanyaan yang dikemukakan.
Cerita bermula apabila disemadikan satu jenazah yang dikenali ramai di
kampong tersebut, yang mana ramai yang datang sebagai tanda penghormatan
terakhir untuk si jenazah tersebut. Kemudian, konflik bermula apabila Pak Man
melontarkan satu kenyataan iaitu ramai yang datang ke majlis pengebumian tersebut
tetapi hanya sikit sahaja yang mengambil iktibar dari kematian seseorang.
Kemudian, kerisauan yang dirasakan oleh Pak Man itu disambut baik oleh dua
orang pemuda yang bernama Amin dan Aziz, sehingga berlaku penghujahan ringan
tentang isu yang dibawakan. Sehingga para pembaca bermain dengan perasaan
sendiri dengan kenyataan yang dilontarkan malah apa yang dirasakan betul oleh
pembaca sebenarnya salah pada realitinya dengan dibawakan bukti-bukti yang
kukuh dari Al-quran dan juga hadis Rasullah. Cerpen ini diakhiri dengan
sepotong ayat al-quran dari surah al-anbiya’ : "Setiap yang hidup pasti
akan merasai mati”. Pengakhiran cerpen pendek ini tidak mati sebegitu sahaja
malah ia mampu untuk membawa para pembaca terus memahat ayat al-quran ini di
dalam minda dan fikiran masing-masing bahawa mati itu pasti Cuma waktunya
sahaja belum tiba.
Perwatakan
Amin
Amin ialah seorang pemuda yang dalam linkungan 20an.
Penulis menggambarkan pada pandangan seorang pak cik tua apabila melihat cara Amin
bercakap dan berfikir serta fizikalnya yang masih kuat. Amin juga dapat dilihat seorang yang peramah
kerana digambarkan dia selesa berbual-bual dengan seorang pakcik yang barui
dikenalinya di tanah perkuburan untuk sebuah pengebumian jiran mereka selain berlakunya
soal jawab antara Amin dan pakcik
tersebut malah mereka saling memberi pendapat serta kritikan terhadap sesuatu
isu yang dibincangkan ialah soal yang berkaitan kematian. Dia juga seorang yang
suka bertanya dan bukannya bodoh sombong. Apabila dia tidak mengetahui tentang
sesuatu hal, maka terus dia bertanya kepada Pak Man atau kawannya, Aziz. Dia
tidak segan untuk bertanya bagi mendapatkan jawapan yang benar dan sahih.
Selain itu, dia seorang yang tahu dalam bab yang berkaitan dengan agama islam.
Hal ini dapat dibuktikan apabila dia memperbetulkan kesalahan hadith palsu yang
tersebar dengan menegaskan bahawa kenyataan itu hanyalah kata-kata azimat dari
seorang tokoh ilmuwan yang terkenal.
Pak Man
Pak Man ialah seorang lelaki tua yang berusia mungkin
dalam 50-an kerana Amin dan Aziz menggelarnya dengan panggilam ‘Pak Man’.
Apabila seseorang itu menggunakan dengan panggilan pak cik, itu kemungkinan
menunjukkan bahawa jarak umur mereka lebih jauh dari sang pemanggil sebagai
tanda hormat kepada mereka yang lebih tua. Selain itu, Pak Man adalah seorang
yang suka memberi nasihat yang baik kepada dua orang pemuda iaitu Amin dan Aziz
tanpa mengira waktu dan batas umur. Pak Man telah menasihatkan mereka agar
sentiasa mengingati mati walaupun umur masih muda kerana mati itu tidak pernah
kenal siapa tuannya. Pak Man menambah lagi dengan mengingatkan bahawa di dunia
inilah sahaja tempat untuk melakukan seberapa banyak mungkin amalan yang baik
untuk dibawa ke akhirat kelak untuk berjumpa sang rabi yang maha esa kerana
amalan yang akan menentukan tempat kita di sana iaitu syurga atau neraka.
Ditambah pula dengan mengingatkan lagi
tujuan penciptaan manusia ke atas muka bumi ini iaitu untuk beribadat
kepada Allah di samping untuk menjadi khalifah yang memakmurkan bumi.
Aziz
Aziz ialah seorang pemuda yang peramah kerana dapat
dilihat di dalam cerpen ini, dia mendekati Pak Man dan Amin untuk sama-sama
turut dalam perbualan yang berlaku di tanah perkuburan. Dia mempunyai pengetahuan tentang agama
islam. Penulis banyak menggunakan unsur pergambaran dalam menonjolkan watak Aziz.
Sebagai contoh, meskipun baru berusia 20 tahun lebih, tetapi dia mempunyai
pengetahuan ilmu agama yang luas. Aziz juga digambarkan sebagai seorang yang
mudah menerima teguran yang diberikan kepadanya tanpa melenting atau memaki
hamun kembali. Apabila dia telah tersalah menyebarkan sesuatu yang bukan hadis,
dia tidak terus memarahi amin yang menafikan bahawa itu bukanlah hadis malah
sebaliknya. Selain itu, dapat dilihat melalui jalan penceritaan Aziz adalah
seorang yang menghormati orang tua, dimana dia memanggil orang yang lebih tua
dengan panggilan ‘pak’, disamping dia diam apabila pak man berkata-kata. Ini
menunjukkan adab aziz tinggi apabila melibatkan pergaulan antara dia dan orang
tua.
Retorik
Pendedahan
Antara ciri-ciri retorik yang digunakan ialah pendedahan.
Pendedahan ialah bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan sesuatu,
menyingkap, memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dngan jelas
dan terperinci. Retorik jenis ini menjelaskan idea yang berkaitan dengan
konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses, dan dasar. Tujuan
retorik pendedahan ialah memindahkan maklumat atau idea daripada seseorang,
buku kepada khalayak atau pembaca. Jelas di dalam cerpen pendek tersebut telah
digunakan teknik pendedahan untuk memberitahu pembaca sesuatu ilmu yang
bermanfaat. Antara contoh “Hadis palsu tu maksudnya hadis yang direka-reka lalu
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta”. Ayat ini mendedahkan para
pembaca dengan satu istilah baru iaitu hadis palsu dimana ia adalah sesuatu
yang direka oleh manusia lalu disandarkan kepada rasullah. Mungkin segelintir
pembaca baru pertama kali membaca tentang hadis palsu, maka ini menjadi satu
peluang kepada pembaca untuk menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan
ciri-ciri hadis yang tidak boleh digunapakai dalam kehidupan seharian. Selain
itu, contoh seterusnya ialah, “Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila
mati seorang anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga
perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain,
lalu diamalkan, dan doa seorang anak yang soleh”. Malah ditambah lagi dengan
satu contoh lagi iaitu; ( Syeikh Al-Albani adalah seorang ulama hadis
kontemporari yang berasal daripada Albania. Beliau lahir pada tahun 1914 dan
meninggal dunia pada tahun 1999. Pernah menjadi tenaga pengajar dalam bidang
hadis di Universiti Islam Madinah selama tiga tahun, ketua Dirasah Islamiyah dan
Fakulti Pasca Sarjana di sebuah perguruan tinggi di Jordan. Beliau telah
mendapat anugerah penghargaan tertinggi daripada Arab Saudi atas jasa-jasanya
berupa King Faisal Foundation. Beliau mempunyai banyak karya yang bermanfaat
kepada umat Islam, seperti Silsilah Ahadith Ash-Shahihah, Silsilah Ahadith
Adh-Dhaifah wal Maudhu'ah, Tamam Al-Minnah Fi At-Ta'liq 'Ala Fiqhus Sunnah dan
banyak lagi). Petikan yang saya petik sebenarnya memberi banyak pengetahuan dan
pendedahan mengenai seorang ulama hadis kontemporari iaitu Syeikh Al-Albani.
Perumpamaan
Retorik sebegini sering digunakan dalam menjelaskan
sesuatu yang sukar dengan sesuatu yang lebih dekat dan mudah difahami oleh
pembaca. Peranannya yang dimainkan memberi banyak manfaat antaranya, maksud
yang ingin disampaikan berkesan malah memberi takjuban kepada para khalayak.
Kerana setiap perumpamaan itu mempunyai maksud yang tersendiri.
Contoh, “Kita hidup di dunia ini bukan suka-suka, tapi ada
tujuannya. Untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Hidup kita ini umpama sebuah
perjalanan jauh yang melalui beberapa persinggahan. "Sekarang ini, kita
sedang berada di dunia. Salah satu daripada persinggahan untuk mengumpul
bekalan dalam menempuh perjalanan yang cukup jauh. Amat jauh. Apabila kita
telah pergi perhentian seterusnya, maka tiada cara lagi untuk berundur
semula”. Disini, penulis ingin
membicarakan tentang kehidupan ini adalah ibarat satu persinggahan, dimana
setiap kali seseorang itu melalui sesebuah persinggahan, dia perlu berusaha
mencari bekalan untuk dibawa ke persinggahan seterusnya. Pembaca akan lebih
mudah memahami bahawa bekalan yang dimaksudlkan ialah ibadat kepada Allah, dan
persinggahan seterusnya ialah hari hisab atau hari akhirat sana.
Contoh seterusnya: Sebagaimana kita buat persiapan untuk
dunia kita pada esok hari, maka sebegitulah juga kita perlu berusaha untuk
akhirat kita seandainya kita mati esok”. Penulis cuba mengumpamakan persiapan
yang kita buat untuk kebahagiaan akhirat itu perlu selari dengan persiapan yang
dilakukan untuk kehidupan di dunia. Jikalau di
dunia, manusia hari ini berlumba-lumba untuk mengumpul wang, membina
rumah yang paling besar, membeli kenderaan yang mewah-mewah, sebenarnya
begitulsh juga persiapan yang seharusnya dilaksanakan untuk kehidupan di
akhirat sana kerana akhirat itu adalah tempat tinggal kita yang abadi untuk
selamanya.
Pemerian
Teknik pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Pemerian
disebut juga oleh sesetengah pengkaji ialah pelukisan iaitu, memberikan
gambaran visual tentang sesuatu dengan mengunakan kata-kata atau penulisan.
Malah pemerian ialah proses memindahkan pengamatan dan pemerhatian kepada
khalayak. Selain itu, pemerian ini banyak berhubung dengan perihal sesuatu objek
atau perkara dengan penjelasan huraian yang lengkap supaya para khalayak dapat
membayangkan keadaan tersebut dan seolah-olah berada di tempat tersebut
sehingga dapat merasakan apa yang terdapat di dalam keadaan tersebut.
Ciri-ciri yang digunakan dalam pemerian ialah, penggunaan
bahasa yang mudah dan tersusun serta jelas. Malah teknik ini bersifat
deksriktif dan informatif. Contohnya;
( keadaan di tanah perkuburan Wak-wak yang biasanya lengang kini
dihadiri pengunjung. Nampaknya ada penghuni baru yang menghuni tanah perkuburan
ini. Selepas selesai mengkebumikan jenazah Abdullah yang baru meninggal
semalam, di bahagian atas tanah perkuburan Wak-wak, penduduk kampung yang
terlibat pun mula mengatur langkah menuruni anak tangga ke kaki bukit. Ini
kerana, tanah perkuburan Wak-wak terletak dikawasan bukit ). Penulis cuba
memberi satu gambaran tentang tanah perkuburan yang dinamakan wak-wak.
Pemujukan
Retorik pemujukan atau pengaruhan menggunakan bahasa
pujukan untuk mempengaruhi pemikiran, keyakinan, kepercayaan dan perilaku orang
lain agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Ciri-ciri retorik
pemujukan ialah menggunakan bahasa yang manis, menarik, dan mementingkan
kehalusan berbahasa. Terdapat dua jenis pemujukan iaitu; pemujukan rasional dan
pemujukan tidak rasional. Pemujukan rasional ialah penyampaian data dan fakta
adalah lengkap.
Manakala pemujukan tidak rasional ialah pemujukan yang melibatkan
emosi. Cara ini menggunakan teknik memanipulasikan emosi pembaca dengan harapan
mereka akan mengubah pemikiran dan kepercayaan seterusnya menerima saranan
penghasil wacana. Contoh yang terdapat dalam cerpen pendek; "Hidup di
dunia ini, kita tidak boleh leka. Sebagaimana kita buat persiapan untuk dunia
kita pada esok hari, maka sebegitulah juga kita perlu berusaha untuk akhirat
kita seandainya kita mati esok”. Penulis cuba memujuk para pembaca untuk
sama-sama berusaha membuat persiapan dalam meniti hari berikutnya.
Contoh seterusnya; "Dulu kau tak tahu, tak apalah. Sekarang
kau dah tahu, janganlah gunakan kata-kata tu lagi. Kalau kau guna pun, jangan
katakan ianya adalah hadis daripada Rasulullah”. Ayat ini memujuk para pembaca
supaya berhenti daripada menyebarkan hadis palsu iaitu, kenyataan atau
perkataan palsu lalu disandarkan kepada rasullah. Walaupun kenyataan itu masih
memberi makna yang baik, tidak perlu mengatakan ia dari hadis rasullah tetapi
katakana bahawa ia adalah kata pujangga ataupun kata-kata azimat daripada
syeikh yang terkenal.
Pengulangan
Teknik ini mengulang satu atau beberapa lafaz di dalam satu
kenyataan atau pernyataan. Tujuan pengulangan ini berlaku ialah untuk memberi
penekanan terhadap sesuatu isu itu selain untuk memberi keindahan kepada
pernyataan tersebut. Contohnya : Pengalaman pertama kali menggali kubur,
membuatkannya berfikir dan merenung tentang nasib dirinya. Hari ini dia
menggali kubur untuk orang lain, mungkin esok, orang lain pula akan menggali
kubur untuknya. Kenyataan ini telah mengulangi ayat menggali kubur malah saya
boleh katakana bahawa penulis juga menggunakan unsur asonansi dalam kenyataan
itu.
"Ramai daripada kita melihat orang meninggal dunia, menziarahi
kematian. Tapi dia seakan-akan lupa dengan kematian. Melihat orang lain
meninggal dunia, tidak membuatkannya terfikir atau merenung untuk bersedia menghadapi
kematian dirinya. Contoh ini telah mengulangi lafaz meninggal dunia/kematian.
Di sini penulis ingin menegaskan bahawa kematian itu penting dan perlu diberi
penegasan supaya pembaca memahami akan kepentingan kematian.
"Ya. Ramai itu memang ramai. Tapi sayangnya, tidak ramai yang
dapat mengambil iktibar daripadanya." Contoh ini menekankan pengulangan
perkataan ‘ramai’. Ini menunjukkan bahawa memang sebenarnya ramai yang yang
menghantar jenazah ke tanah perkuburan dan benar ramai juga yang tidak mengambil
iktibar. Malah bunyi yang dihasilkan dari ayat tersebut juga enak dibaca kerana
pengulangan perkataan ramai. Pengulangan
seperti ini banyak berlaku dalam sesebuah cerpen apabila hendak dibahas sesuatu
kenyataan lain.
Gaya bahasa sinkope
Gaya bahasa sinkope ialah menggunakan sesuatu singkatan bagi
perkataan tertentu. Apabila menggunakan perkataan singkat ini, pembaca masih
boleh memahami dengan baik dan jelas perkataan yang sebenar dan ia tidak
menimbulkan kecelaruan dalam memahami sesuatu ayat atau kenyataan. Sinkope ini
banyak digunakan apabila berlaku sesuatu diolog, dimana penulis cuba meniru
percakapan di luar dari konteks penulisan malah sinkope ini banyak digunakan di
dalam novel mahupun cerpen itu sendiri.
Contoh
: Tak pernah
saya lihat depan mata ramai orang ziarah pengkebumian macam ni."
Sinkope yang berlaku ialah kepada perkataan ‘tak’ dan ‘ni’. Dua
perkataan yang digunakan di dalam cerpen ini sebenarnya tidak jauh beza dengan
perkataan asal iaitu ‘tidak’ bagi ‘tak’, manakala ‘ini’ bagi perkataan ‘ni’.
No comments:
Post a Comment