Wednesday, 15 February 2017

#1 Karya Retorik






 Nikmat Dalam Duka

Anak kecil berlari ke arah ibunya yang sedang membaca novel di bawah pohon rendang. Anak kecil berambut panjang diikat toncang, memakai baju kurung merah jambu merengek-rengek meminta ibunya membelikan aiskrim.
“Ibu, Alya nak ice-cream”, ujar si kecil itu sambil menunjukkan ke sebuah motor di seberang jalan yang menjual pelbagai aiskrim.
“Ok, boleh sayang tapi lepas makan aiskrim, jangan lupa minum air masak ye sayang”, balas ibunya.
Selepas membeli aiskrim, anak itu terus membuka plastik dan  makan aiskrim vanilla ‘solero’ dengan nikmatnya, sambil berjalan laju melintasi jalan untuk pulang ke rumah.
“pang!
Terus si ibu menoleh ke tengah jalan. Alangkah remuk hatinya seperti sebiji gelas terhempas ke batu, melihat puteri kesayanganya terbaring kaku di atas jalan raya. Darah yang mengalir ibarat pancutan air yang tidak henti. Dia terus berlari sambil menjerit meminta tolong daripada semua yang berada di kawasan perumahan itu.
Lima tahun sudah kejadian itu berlaku dan hanya dia yang tahu perasaan dihiris sembilu menahan kesedihan yang dialaminya.
Namun setiap kali ingatannya berputar mengimbau kembali kenangan itu, sering dipujuk hati dengan bait-bait kata suaminya.
“Aisyah, anak itu adalah pinjaman yang dipinjamkan oleh Allah buat kita untuk seketika waktu. Sudah tiba waktunya untuk Allah ambil kembali kerana inilah yang terbaik buat kita berdua. Aisyah, janganlah kerana kehilangan sang puteri, maka dilupakan sang pencipta yang banyak memberi. Nikmat dan rezeki Allah itu masih melimpah ruah buat kita. Kesihatan, kekayaan, kedamaian, keharmonian rumah tangga, kenikmatan makan, ini semua kita masih miliki dan tidak semua yang memilikinya. Jalan yang terbaik adalah Aisyah redha dengan ketentuan ilahi supaya hati Aisyah lebih tenang dan damai. ”
Kata-kata suaminya ibarat air sejuk yang menyirami kepanasan hati. Maka itu, Aisyah bangkit untuk bina kehidupan baru.
*******************************************************************************************
“Wahai wanita yang disayangi Allah, hidup ini bukan untuk meratapi kesedihan, kesusahan, kesukaran tetapi hidup ini adalah untuk mencari dan menyediakan sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa berjumpa yang maha esa.  Sudah dijanjikan dalam kitab yang suci, orang-orang yang beriman itu akan diuji untuk menilai setebal mana keimanannya kepada Allah. Adakah iman kita masih kukuh tatkala musibah melanda? Tepuk dada Tanya iman.”
Bagaikan dipanah petir, hatinya tersentap, mendengar satu ceramah dicorong radio ketika dia sedang memandu. Tanpa disedari, laju airmatanya mengalir di pipi.
“Adakah iman aku senipis kulit bawang ?”
“Adakah aku bukan orang beriman ?”
Pelbagai persoalan timbul dan sedikit sebanyak menganggu pemikirannya.
Sampai sahaja di rumah, terus dipeluk suaminya dan teresak memohon kepada suaminya supaya jangan pernah berhenti untuk memimpinya ke syurga Allah. Kemudian, suaminya mengajak Aisyah untuk solat maghrib bersama-sama dan menyedekahkan bacaan Yaasin kepada anaknya.

Kini, Aisyah lebih kuat dan lebih banyak tersenyum malah sering ketawa. Andai yang melihatnya, tidak pernah mereka sangka bahawa dia pernah menderita. Setiap apa yang dibuat, semuanya hanya diniatkan bekalan untuk hari tanpa tarikh. Derita yang pernah dilaluinya, dibuang jauh dari memori ingatanya tetapi wajah kesayangan sang puterinya masih tersemat kukuh di kalbu hatinya. Sekarang, Aisyah sudah membuka tiga buah rumah untuk kebajikan anak yatim dan satu rumah untuk warga emas. Setiap senyuman dan gelak ketawa mereka mampu membahagiakan hatinya. 

No comments:

Post a Comment