Tuesday, 26 September 2017

TERBAIK

Adakah kehidupan ini TERBAIK ?


Terbaik bukan bererti yang tertinggi atau teragung ataupun terhebat antara yang hebat.
Terbaik adalah sesuatu yang diberikan oleh Allah sesuai dan sepadan serta adil untuk kita.
Apa yang kita telah miliki itu adalah yang tebaik buat diri kita.
Contohnya, kita diuji dengan kematian seseorang yang kita sangat sayang seperti ibu, ketikamana kita masih lagi di usia yang mentah.
Allah uji tandanya Allah masih sangat sayang dengan kita.
Dan apa yang Allah uji itu adalah yang terbaik buat kita.
Cuma, apa yang kita perlu buat, adalah mencari hikmah dan menggali kebaikan dengan apa yang telah terjadi.
Orang yang diuji adalah orang yang tabah dan kuat.
Kekuatan itu tidak datang sekaligus, tetapi ia perlu dilatih dan diuji sehingga benar2 mencapai kekuatan jiwa dan rohani serta mental.

Jadi, kita perlu meletakkan bahawa apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik buat kita.
Setiap dari kita akan ditimpa ujian tetapi berlainan bentuk dan waktu.
Kita boleh lihat sendiri, ada orang kaya raya, diuji kematian anak kesanyangannya, diuji dengan kecurangan pasangan, diuji dengan ditipu wang berjuta2.
Orang miskin pula diuji dengan kelaparan, dahaga, hidup tidak selesa, kadang tidak dapat mandi, dihina manusia, dikecam orang ramai.
Tetapi itu adalah yang terbaik untuk kita.
Jangan dilihat ujian atau kesusahan namun cuba ajar hati dan fikiran untuk melihat keindahan dan kecantikan hidup yang diatur oleh Allah buat kita.
Betapa manisnya dan indahnya hidup ini.
Masih mampu untuk menghirup kemanan sebuah negara, masih mampu utnuk sujud kepda Sang Pencipta, masih dapat melihat dan membaca, masih tersenyum dengan jiran2, masih bergelak ketawa dengan anak2 atau pasangan sendiri.

Cari dan mencari terus berfikiran positif, maka kita akan lihat bahawa dunia ini indah dan benarlah disini kita perlu mencari sebanyak mungkin amalan soleh untuk dibawak ke sana☺.

Sunday, 23 July 2017

Syukur dan Syurga





Setiap dari kita sudah dijanjikan oleh Allah akan diuji untuk melihat sejauh mana tahap keimanan dan kepercayaan kita kepada Allah. Allah uji bukan saja-saja tapi nak melihat siapa yang sebenarnya layak untuk menimati keindahan dan kenikmatan dalam syurga. syurga terlalu mahal dan mewah dan seharusnya secara logik kenikmatan ini hanya kepada mereka yang benar2 layak.
Apa yang penting ketika mana diuji adalah - kita sentiasa fikir tentang nikmat syurga. sedangkan nabi kita, Nabi Muhammad diuji dengan pelbagai perkara untuk menunujukkan contoh bahawa nabi adalah orang paling kental jiwa dan raganya untuk menyampaikan risalah dakwah agama yang mulia.
Benar setiapa orang itu telah ditetapkan oleh Allah tentang qada dan qadar masing-masing. Ada yang telah ditetapkan rezeki sebanyak ini, jodohnya sebegitu manakala musibah yang akan melandanya. Ada yang kaya raya tetapi tidak dikurniakan rezeki cahaya mata, ada yang sedang-sedang tetapi rezeki kesihatan, anak dikecapi. Jika kita hanya melihat kelebihan orang lain, sebenarnya kita telah menutup kehebatan dan kelebihan yang kita miliki. Setiap yang kita dapat itu adalah yang diperlukan oleh seseorang manusia dan nafsu yang bergelora itu untuk menggapai kehendak dan keinginan nafsu semata-mata.
Manusia disuruh untuk berusaha kerana ini yang dinilai oleh Allah. Sebanyak mana kita berusaha, sebanyak itu juga akan dibalas. Setiap yang berusaha lalu disusuli dengan tawakkal yang tinggi kepada Allah, akan diganjari dengan pahala dan ketenangan hati.
Apa yang Allah inginkan bilamana diberikan ujian, adalah manusia akan tetap berpegang teguh dengan keimanan bahawa hanya Allah yang berhak disembah dan ditaati perintahnya, selain tetap berperilaku dengan perilaku yang baik dan benar. Hanya yang berimanan dan hamba yang mukmin akan dipilih untuk masuk ke syurga Allah - dengan RahmatNya.


Inspirasi untuk menghafaz Al-Quran dan berjaya mendapatkan apa yang diinginkan.


1) Saya mngamalkan apa yang para salafus soleh dulu ada lakukan. Iaitu setiap kali slpas solat. Sama ada solat sunat atau solat fardhu, ltakkan tgn kanan ats ubun2 kepala dan bca ayt 6 surah al- a’la sbyk 7 kali. (سنقرؤك فلا تنسى) Yang bmaksud : “Kami sentiasa mjadikan engkau wahai Muhammad supaya dapat mbca alQuran yang dtrunkan kpdmu yakni dengan perantaraan Jibril, sehingga engkau mhafaznya dan xlupa”.
2) Setiap kali solat, semasa sujud yang terakhir. Sujudlah lama sdikit, doa mintak kpd Allah spya diberikan igtan yang kuat, spy diberikan kekuatan untuk mjaga kalamNya, spy dapat mengamalkan apa yang dihafaz dan apa sahaja yang kte mahu. Allah pasti mndgr dan pasti memakbulkan, cumanya lmbt atau cepat ataupun Allah gntikan dengan sesuatu yang lebih baik. Bila bdoa tu, yakin bhw Allah akan mmakbulkan, itu adalah janji Allah. Surah Ghafir ayt 60. (وقال ربكم ادعونى أستجب لكم) Yg bmaksud : “Dan TuhanMu berfirman berdoalah kamu kpdKu nescaya akan aku perkenankn kpdmu”.
3) Amalkan zikir2
a)zikir utk Allah (سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم)
b)zikir utk Rasulullah ( اللهم صل وسلم على نبينا محمد وعلى اله)
c)zikir utk keampunan diri ( أستغفر الله وأتوب إليه )
*Lakukan ni setiap hari, in shaa Allah banyak kelebihan yang kita akan dapat.
4) Bykkn makan kurma,madu dan mnum susu kambing. Klau boleh semua pemakanan sunnah tu kita amalkan. Sbb semua yang Rasulullah ajar tu punya kebaikan dan manfaatnya tsendiri. Dapat pahala lagi sbb ikut sunnah Rasulullah.
5) Bgun solat mlm. Kita semua ni merupakan daie yakni pendakwah. Dlm kata lain mengajak, mengajak ke arah kebaikan. Lg2 bg penghafaz alQuran, xkn lari drpd mengajak org lain utk sama2 mlaksanakan apa yang telah termaktub dlm Quran. Dakwah dan solat mlm ni sbnrnya satu komponen yg xdpt dipisahkan. Sbb apa? Cuba kte lihat pada surah muzammil dan mudatsir. Perasan x dua surah ni Allah seru dgn satu kalam yg sama makna iaitu wahai org yang berselimut, tapi dua kerja yg bbeza dlm kedua2 surah ni. Satu Allah sruh bangkit beri peringatan dan satu lg ALLAH sruh bangkit untuk solat mlm. Seolah2 Allah seru orang yang sama tapi Allah sruh buat dua kerja. Rasulullah, para sahabat, tokoh2 duat sperti salahuddin al ayubi semua rata2 tunjang utama mereka adalah solat mlm. Mmg itulah sbnrnya kekuatan utama seorg daie dan phafaz alQuran. Saya bukan kata mewajibkan, kerana itu akan mengubah hukum asal dia, tapi bagi saya mmg daie dan solat mlm xpatut dijadikan perkara asing..sekurang2nya kita sama2 niat tekad setiap hari mnggu adalah hari aku mwajibkan diri aku untuk solat mlm.
6) Saya membayangkan bhw Rasulullah sentiasa ada ke mana shj saya berada, saya mbayangkan dia melihat saya, jadi jika saya tidak menjaga alQuran, saya mbuat perkara2 lagha, adakah baginda akan tersenyum bahagia melihat tingkah laku saya? Jadi ia menjadi pemangkin kpd saya untukk terus mjaga hfzan alQuran saya.

copy paste : Farihah Binti Zulkifli.
Nama penuh: Farihah Zulkifli
Umur: 21 tahun.
Anak ke: 2 dari 7 adik beradik.

Tuesday, 11 July 2017

Definisi dakwah

Perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah dalam bahasa arab yang paling menonjol ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Mengikut peristilahan ahli dakwah perkataan tersebut atau yang  asalnya dakwah islamiah mempunyai maknanya yang tersendiri.
        Muhammmad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Manakala Dr. Muslih al-Bayumi (1976), mendefinsikan dakwah itu sebagai pelaksanaan alim ulama’ dan orang-orang orang yang memahami agama, mengajar orang ramai supaya mereka dapat memahami perkara-perkara agama dan dunia sekadar kuasa yang ada pada mereka. Yusuf al-Qardhawi (1983) menakrifkan dakwah sebagai satu usaha menarik orang lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk Allah S.W.T. dan melaksanakan segala ketentuan Allah S.W.T.
Al-Khuly mendefnisikan dakwah sebagaimana yang dikutip oleh Moh. Natsir Mahmud, iaitu: ‘Mengubah umat dari suatu situasi ke situasi yang lain.’
Syekh Ali Mahfudz memberikan pengertian dakwah adalah sebagai berikut: “Mendorong manusia atas kebaikan dan petunjuk dan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran guna mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.”




Pengertian tanggungjawab
Tanggung jawab juga berkaitan dengan kewajiban. Kewa­jiban adalah sesuatu yang dibebankan kepada seseorang.
      2 Jenis kewajiban:
1) Kewajiban Terbatas
Kewajiban ini tanggung jawab diberlakukan kepada setiap orang. Contohnya undang-undang larangan membunuh, mencuri yang disampingnya dapat diadakan hukuman-hukuman.
 2)Kewajiban tidak Terbatas
Kewajiban ini tanggung jawabnya diberlakukan kepada semua orang. Tanggung  jawab terhadap kewajiban ini nilainya lebih tinggi, sebab dijalankan oleh suara hati, seperti keadilan dan kebajikan.
·         Jenis-jenis tangggungjawab
1.    Tanggungjawab kepada tuhan( Allah)
2.    Tanggungjawab manusia terhadap diri sendiri
3.    Tanggungjawab kepada keluarga
4.    Tanggungjawab kepada masyarakat
5.    Tanggungjawab kepada negara








Kaedah, Rukun Dan Uslub Dakwah.
Dalam surah al-Nahl, ayat ke 25 ada menyentuh perihal pendekatan dakwah sebagai panduan kepada para pendakwah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Seseungguhnya Tuhanmu Dial ah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
Manakala Syed Qutb menghuraikan bahawa pendekatan dakwah menurut ayat ini terbahagi kepada tiga kaedah.
·         Hikmah iaitu kebijaksanaan. Pendakwah perlu melihat kepada jenis sasaran dakwah dan suasana mereka, teknik seruan serta ajakan yang harus disampaikan dan tidak membebani mereka sebelum mereka bersedia.
·         Nasihat yang baik boleh meresap ke dalam jiwa tanpa kekerasan untuk menjauhi maksiat dan kerosakan.
·         Perdebatan dengan cara yang baik untuk menjelaskan kepada sasaran prinsip-prinsip yang logik sehingga mereka dapat memikirkannya dan tunduk kepada kebenaran.[1]
Manakala rukun dakwah pula terbahagi kepada 5 bahagian iaitu al-Dai', al-Mad'uu al-dakwah, al-maudhu' al-dakwah, al-uslub al-dakwah dan wasilah. Pendakwah ialah orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dakwah sama ada secara individu atau berbentuk kumpulan. Al-Quran mencatatkan seramai 25 rasul dan nabi telah melaksanakan kewajian berdakwah sepanjang zaman masing-masing. Di antara sifat mereka yang telah digariskan sebagai ciri-ciri pendakwah ialah mempunyai keilmuan yang mendalam, niat yang khlas, baik tingkahlaku,bersemangat juang dan berkorban. Contohnya seorang endakwah mestilah mempunyai keilmuan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah di samping mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu-ilmu lain yang boleh membantu terhadap penyebarab dakwah yang efektif. Mereka juga mesti mempunyai niat yang ikhlas, berakhlak mulia dan mempunyai daya semangat juag yang tinggi sebagaimana yang telah ditunujukkan oleh para nabi dan rasul khusunya Nabi Muhammad s.a.w.Al-Mad'uu iaitu sasaran atau penerima dakwah. Penerima dakwah pula terbahagi kepada sasaran yang bukan Islam dan yang Islam itu sendiri. Konsep erdakwah bukan hanya kepada yang bukan Islam sahaja atau yang Islam sahaja tetapi kedua-duanya sekali kerana matlamat berdakwah adalah untuk menyampaikan kebnaran dan mnegajak manusia ke arah melakukan kebaikan dan menegah sebarang kemungkaran . Al-maudhu' ialah apa yang didakwahkan kepada sasaran dakwah iaitu apa yang dikenali sebagai objek atau topik dakwah. Maudhu' yang disampaikan adalah melalui asas-asas dakwah contohnya aqidah, syariah dan akhlak atau seumpamanya yag dapat mendekatkan diri penerima dakwah kepada Allah.
Uslub al-dakwah merupakan teknik atau cara berdakwah. Ia merupakan cara, kaedah atau lebih dikenali metod dalam penyampaian dakwah. Metod tersebut meliputi perkara-perkara seperti melakukan secara berperinglat-peringkat, dengana penuh hikmah dan baik serta pelbagai cara lagi. Dalam perkara ini teknik dalam sirah Nabawiyah yang harus dijadikan pedoman. Contoh dakwah para nabi dan rasul yang boleh dijadikan asas melaksanakan dakwah. Begitu juga contoh yang digunaka oleh Rasulalah s.a.w khususnya dakwah secara sulit ataupun secara terang- terangan. Manakala wasilah dakwah pula merupakan alat atau media yang digunakan dalam menjalankan proses penyampaian dakwah. Wasilah yang dimaksudkan termasuklah dengan media cetak atau melalui media elektronik seperti television, radio, internet dan sebagainya.





[1] Syed Qutb, Fi Zilal al-Quran, (Beirut 1977), 4 : hlm 2201-2202.

Proses Penciptaan Manusia dan Hubungkait Dengan Psikologi Dakwah



Pendahuluan
Menurut pembacaan dan penelitian penulis, penciptaan manusia itu terbahagi kepada tiga jenis. Jenis yang pertama adalah awal permulaan penciptaan adam yang dijadikan dari tanah kemudia ditiupkan roh oleh Allah menjadi insan yang mulia. Kemudian jenis yang kedua adalah kejadian hawa iaitu wanita pertama, diciptakan daripada tulang rusuk kiri nabi Adam. Seterusnya daripada kedua-dua ini, maka bertambahlah bilangan manusia hingga ke hari ini. Proses yang berlaku selepas kejadian nabi Adam dan juga Hawa adalah daripada pencatuman mani lelaki dan perempuan. Manusia adalah makhluk yang istimewa yang diciptakan berbeza dengan makhluk yang lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran dan daya ciptaan yang boleh mengatasi makhluk-makhluk yang lain. Allah tidak menciptakan manusia dengan sia-sia tanpa ada tujuan yang perlu dipertanggungjawabkan kepada kita.


Proses penciptaan manusia
Manusia adalah  satu makhluk yang sangat unik dan sempurna penciptaanya.  Dijadikan dari air mani yang hina kemudian diangkat menjadi khalifah yang sangat agung mengalahkan makhluk lain. Asal usul manusia bermula dari adam dan hawa. Manusia bukan terjadi secara tiba-tiba tetapi penciptaannya adalah dengan sebab kuasa dan keizinan Allah. Penciptaan manusia adalah secara berperingkat berdasarkan sepotong ayat Al-Quran :
ôs%ur ö/ä3s)n=s{ #·#uqôÛr& ÇÊÍÈ [1]
Terjemahan: "Padahal Sesungguhnya ia telah menciptakan kamu Dengan kejadian Yang berperingkat-peringkat?
Berdasarkan Tafsir Jalalyn[2], ayat tersebut membicarakan bahawa sesungguhnya Dia, iaitu Allah telah menciptakan manusia dalam beberapa tingkatan atau peringkat kejadian. Lafaz athwaaran bentuk jamak dari lafaz thaurun, artinya tahap; yakni mulai dari tahap air mani kemudian menjadi darah kental atau alaqah, hingga menjadi manusia yang sempurna bentuknya. Ayat seterusnya menceritakan dengan lebih terperinci berkaitan dengan proses penciptaan manusia.
ôs)s9ur $oYø)n=yz z`»|¡SM}$# `ÏB 7's#»n=ß `ÏiB &ûüÏÛ ÇÊËÈ   §NèO çm»oYù=yèy_ ZpxÿôÜçR Îû 9#ts% &ûüÅ3¨B ÇÊÌÈ   ¢OèO $uZø)n=yz spxÿôÜZ9$# Zps)n=tæ $uZø)n=ysù sps)n=yèø9$# ZptóôÒãB $uZø)n=ysù sptóôÒßJø9$# $VJ»sàÏã $tRöq|¡s3sù zO»sàÏèø9$# $VJøtm: ¢OèO çm»tRù't±Sr& $¸)ù=yz tyz#uä 4 x8u$t7tFsù ª!$# ß`|¡ômr& tûüÉ)Î=»sƒø:$# ÇÊÍÈ [3] 
Terjemahan : dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.


Peringkat penciptaan manusia terbahagi kepada 6:
  1. Peringkat Nutfah
  2. Peringkat Alaqah
  3. Peringkat Mudghah
  4. Peringkat Izam dan Lahm
  5. Peringkat Nasy'ah Khalqan Akhar
  6. Peringkat Nafkhur-Ruh








Hubungkait antara penciptaan manusia dengan psikologi dakwah.
Pertama, kecintaan dan keimanan kepada Allah itu semakin meningkat kerana Allah telah memilih kita untuk menjadi hamba dan khalifah di muka bumi ini. Kekuasaan dan kehebatan Allah seharusnya membuka mata  hati kita bahawa manusia itu diciptakan dengan kehebatan dan adalah dalam jangkaan dan jadual Allah. Kita bukannya terjadi dengan secara alami atau semulajadi tetapi melalui dengan keizinan Allah untuk melalui sebuah peringkat proses penciptan yang sangat rapi. Jadi, kenapa kita harus sombong dan takabur dengan pencipta kita sendiri?. Selain itu, penciptaan manusia membuktikan lagi kebenaran al-quran sebagai wahyu dan mukjizat daripada allah. Maka dengan hal tersebut, seharusnya kita akan lebih bertambah keimanan kepada kitab al-quran iaitu semua yang telah dinyatakan dan disebutkan al-quran. Al-quran telah membuktikan bahawa semua yang terkandung didalamnya adalah kalam allah bukannya kalam nabi Muhammad. Setiap perkataan yang digunakan dalam menerangkan sesuatu perkara adalah sangat tepat dan sesuai penggunaanya. Sebagai contoh, lafaz ‘mudghoh’ menunjukkan seakan sesuatu yang digigit dengan meninggalkan kesan gigitan, dan hal seperti itu yang berlaku ketika proses mudghoh berlaku. Tulang belakang janin yang terbentuk seakan gigitan ke atas gula getah.
Selain itu, islam telah menegaskan bahawa manusia itu diciptakan merangkumi jasmani dan rohani. Kedua aspek ini perlu dijaga ketika masih dalam kandungan ibubapa. Personaliti dan perwayakan seseorang anak itu bertitik tolak dengan bagaimana seorang ibu menjaga pemakanan, tingkah laku, percakapan, hubungan dengan Allah, dan hubungan dengan masyarakat di sekeliling mereka. Seorang ibu yang solehah semestinya telah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu rumahtangga dan juga ilmu menjadi ibu, sebelum mereka menjejak ke alam perkahwinan. Hal ini supaya mereka lebih bersedia dan kuat untuk menempuhi tempoh mengandung. Tanggungjawab untuk melahirkan seorang insan yang solehah bermula dari sekarang, iaitu wanita pada hari ini perlu mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan lebih baik. Terdapat pelbagai cara untuk menuntut ilmu antaranya adalah dengan menghadirkan diri ke kuliah agama, mendengar ceramah agama di corong radio dan youtube, dan membaca buku berkaitan dengan ilmu kekeluargaan. Aspek rohani itu perlu dijaga dengan seimbang jika benar ingin melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Jasmani dijaga dengan banyakkan  melakukan aktiviti, pastikan pemakanan berkhasiat yang mencukupi nutrisi kepada bayi dan juga ibu selain sentiasa mempositifkan diri. Maka, usaha yang dilakukan akan mendapat natijah yang setimpal dengan keizinan Allah.
Keunikan proses kejadian manusia menunjukkan kebesaran dan keagungan kuasa Allah Taala yang mampu menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada dan berkembang menjadi seorang manusia sempurna melalui proses dan peringkat-peringkat kejadian dalam rahim seorang ibu yang mengalami perubahan demi perubahan bermula dari setitis air mani sehingga menjadi seorang bayi. Manusia dijadikan oleh Allah dari setitis air mani yang hina, ini menunjukkan betapa Agung dan Maha berkuasanya Allah yang menjadikan kita manusia seelok-elok kejadian hanya dengan setitis air mani yang hina. Kita juga dapat lihat bagaimana kebesaran Allah Taala itu terhadap seseorang manusia bermula dengan saat bagaimana kita diwujudkan dan dibentuk serta disusun setiap organ dan anggota badan itu dengan begitu baik sekali serta dilengkapi dengan fungsi yang berbeza dan boleh bergerak seiring dalam satu masa.
Seterusnya adalah apabila kita faham bahawa proses penciptaan bermula dengan persaingan antara beribu-ribu sperma untuk masuk ke dalam ovum, maka kita akan menjadi lebih bersyukur dengan siapa diri kita. Sesungguhnya kita manusia yang dilahirkan ke atas muka bumi ini adalah juara yang memenangani persaingan di antara beribu sperma untuk menjadi manusia. Seharusnya perbuatan yang kita lakukan perlu menunjukkan kita adalah sang juara. Seorang juara tidak akan melakukan sesuatu perkara yang merosakkan diri sendiri malah dia akan berusaha bersaing dengan orang lain untuk menjadi yang terbaik sesuai dengan fitrah ‘juara’ di dalam rahim. Mungkin terkadang insan itu kecundang dengan melakukan dosa kepada pencipta, namun yang terbaik adalah kembali ke jalan yang benar. Sifat manusia itu adalah sering alpa dan terlupa serta mudah terlalai tetapi allah itu maha pemurah denga memberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat selagimana kita masih bernafas.
Disebabkan manusia ini berbeza dengan makhluk lain, maka manusia ini mempunyai tugas tertentu untuk dilaksanakan yang mana segala amanah ini akan dipersoalkan di akhirat kelak.Tujuan kita diciptakan adalah untuk menjadi khalifah (pengganti) di bumi ini bagi memajukan dan memakmurkan segala isi bumi dengan baik dan sesuai dengan tuntutan syariat yang telah ditetapkan. Kita adalah makhluk yang diuji, segala tanggungjawab dan amanah yang terletak di bahu kita mendorong kita untuk berfikir bagaimana untuk melaksanakan syariat Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat berteraskan akidah, ibadat, akhlak dan muamalat sesama manusia supaya ianya berjalan selaras dengan amanat dan perintah Tuhan. Jadi untuk membentuk insan kamil yang mampu menyempurnakan tugas penting ini perlu dibentuk dan dididik bermula dari alam rahim lagi.


KESIMPULAN

    Kesimpulannya, dalam al-quran telah banyak menyebut mengenai proses kejadian manusia bermula dari alam rahim sehingga ke peringkat kelahiran seseorang insan ke muka bumi ini dan seperti yang digambarkan dalam al-quran dan dilihat sendiri secara alami proses kejadian ini membuktikan betapa hebatnya kekuasaan Allah Taala yang menciptakan manusia. Jika diteliti dan direnungkan betapa hebatnya penciptaan kita ini,  maka akan terbit rasa syukur dalam diri kita sebagai insan terpilih oleh Allah untuk diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dengan dikurniakan fizikal yang elok, rohani dan juga akal fikiran. Justeru, kita perlu menjaga amanah Allah ini dengan penuh tanggungjawab bermula dari dalam rahim supaya apabila ia dilahirkan akan dapat menyumbang ke jalan kebaikan. Jika dilihat dari sudut psikologi kita sering beranggapan bahawa tingkah laku dan sikap dibentuk sewaktu zaman kanak-kanak dan zaman bayi amat penting dalam membentuk kehidupan, tetapi sebenarnya ketika anak itu dalam rahim juga amat penting untuk membentuk  anak itu terus hidup dan lahir sebagai insan berguna kerana semenjak di alam rahim lagi kita dikurniakan pendengaran dan penglihatan sebagai alat terpenting untuk mendapat maklumat tentang apa yang ada di sekeliling kita. Oleh sebab itu, setiap ibu yang mengandung disarankan untuk mengamalkan perkara-perkara yang baik seperti membaca surah-surah pilihan supaya anak yang dikandung mendapat manfaat dan kebaikan dari apa yang didengari dari ibunya semasa di alam rahim dan dapat mempengaruhi kehidupannya bila ia dilahirkan ke dunia nanti.

Rujukan
Zainab Mamat, “ Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran: Kaitannya dengan Ilmu Perubatan Moden”, Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1994/1995.
Amina Noor, “Mendidik Anak Pintar Cerdas Bermula dari Alam Rahim”, (Kuala Lumpur : Darul Nu’man,1998).    
Zainab Mamat, “ Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran: Kaitannya dengan Ilmu Perubatan Moden”, Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1994/1995.
Amina Noor, “Mendidik Anak Pintar Cerdas Bermula dari Alam Rahim”, (Kuala Lumpur : Darul Nu’man,1998).
Ab Aziz Mohd Zin, “ Strategi Dakwah dalam Sirah Nabi s.a.w”, (Kuala Lumpur : Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012).
Taufiq, Muhammad Izzuddin. Dalil Anfus Al-Qur'an Dan Embriologi:(ayat-ayat tentang penciptaan manusia). Tiga Serangkai, 2006.
Iswanto, Agus. "Relasi Manusia dengan Lingkungan dalam Al-Qur'an Upaya Membangun Eco-Theology." SUHUF Jurnal Pengkajian Al-Qur'an dan Budaya.
Jasmi, Kamarul Azmi. "Al-Quran Satu Mukjizat yang Menakjubkan." Penciptaan Manusia dari Perspektif al-Quran. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia Pres (2013).
Qutb, Sayyid, and Yusoff Zaky Haji Yacob. Tafsir Fi Zilalil Quran. Islamic Academy, 1989.

           




[1] Surah Nuh, 71: Ayat 14
[2] http://tafsirq.com/71-nuh/ayat-14#tafsir-jalalayn
[3] Surah al-mu’minun 23: ayat 12-14