ASSLAMUALAIKUM..
hari ini adalah hari terakhir kami sebagai fasi bersama2 adik2 peserta.
berat rasanya nak meninggalkan adik2.
banyak lagi kami nak kongsi bersama adik2 tapi masa memang mencemburui kita.
semoga allah aturkan lagi pertemuan seperti ini untuk kita sama2 berukhuwah dan menimba ilmu.
semoga ukhuwah yang terjalin dapat dikekalkan buat selama-lamanya..
hari ini dimulakan dengan senaman pagi.
7.00 pagi : SENAMAN PAGI
8.00pagi : WORK OUT YOUR STRENGTH
Work out your strength atau dikenali sebagai explorace adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri.
ia bukan sekadar bermain dan berlari tanpa tujuan tapi pelbagai aktiviti diadakan bagi mengcungkil kreativiti peserta dan menguji tahap pengetahuan para peserta .
Checkpoint Utama (Diana)
1. Semua peserta berkumpul di suatu tempat untuk diberikan taklimat explorace.
2. Peserta akan diberikan klu untuk ke Checkpoint 1.
TAKLIMAT DI CHECKPOINT UTAMA
1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Peserta dikehendaki menghabiskan 6 checkpoint.
3. Di setiap checkpoint, peserta dikehendaki mendapatkan kertas klu untuk ke checkpoint
seterusnya dan satu pecahan daripada puzzle.
4. Setiap checkpoint diberikan masa 10 minit.
5. Sebelum bermula, peserta dibekalkan 1 botol air mineral sahaja untuk setiap
kumpulan.
Checkpoint 1 (Adlina & Nadhirah Che Ali)
Nama Permainan : Tangram Time
Bahan-bahan :
1. Kepingan-kepingan kertas berlainan bentuk
2. Kertas mahjong
Arahan :
1. Peserta akan diberikan 1 keping gambar lengkap dan beberapa kepingan kertas
berbagai-bagai bentuk.
2. Kemudian, mereka dikehendaki mencantumkan kepingan-kepingan kertas yang berbagai-bagai
bentuk tersebut berdasarkan gambar lengkap yang telah diberikan.
3. Apabila sudah berjaya menyelesaikannya, mereka akan mendapat kertas klu dan
1 pecahan puzzle .
Objektif :
§
Menilai kekreatifan idea dan inovatif
§
Bekerjasama
§
Kekemasan dalam sesuatu kerja
Checkpoint 2 (Nasuha & Liyana Abidin)
Nama Permainan : Oh, mudah aje!
Bahan-bahan :
1. Beberapa jenis kacang
2. Mangkuk
3. Sudu
4. Garfu
5. Copstick
6. Straw
Arahan :
1. Peserta akan diberikan 1 mangkuk yang berisi pelbagai jenis kacang di
dalamnya dan satu mangkuk kosong.
2. Kemudian, mereka dikehendaki memindahkan kacang-kacang tersebut ke dalam
mangkuk yang kosong itu.
3. Cara untuk memindahkannya, peserta diberi sudu dan garfu dan menggunakannya dengan cara yang terbalik.
4. Apabila sudah berjaya menyelesaikannya, mereka dibenarkan memakan kacang
tersebut dan mereka akan mendapat kertas klu serta 1 pecahan puzzle .
Objektif :
§
Berusaha selagi mampu dan sehingga berjaya
§
Bekerjasama
§
Jangan mudah berputus asa
k kreatif
Checkpoint 3 (Lyana Shuhaida & Sakinah)
Nama Permainan : Eh, cantiknya kawan saya!
Bahan-bahan :
1. Air
Arahan :
1. Peserta diminta mencari kawasan lapang dan mempunyai tanah.
2. Kemudian, mereka perlu mengambil sedikit tanah yang basah tersebut untuk
memekap muka kawan.
3. Selepas itu, mereka diminta untuk menunaikan solat dhuha 2 rakaat tanpa
alas.
4. Peserta diminta untuk sujud dan menghayati sujud itu.
5. Apabila sudah selesai, mereka akan mendapat kertas klu dan 1 pecahan puzzle
.
Objektif :
§
Berbuat baik kepada makhluk Allah yang lain
§
Menyedari asal penciptaan kita adalah daripada
tanah
§
Menyemai ukhuwah antara peserta
§
Untuk mengingatkan manusia bahawa apabila kita
dikebumikan, kita di bawah tanah bukan di atas tanah lagi.
Checkpoint 4 (Hadi)
Nama Permainan : Menggapai impian
Bahan-bahan :
1. Belon
2. Tepung
3. Jarum peniti
4. Kertas
Arahan :
1. Peserta diminta memecahkan dua biji belon yang berisi tepung dan satu
teka-teki.
2. Seorang peserta diminta menutup mata manakala peserta yang lain diminta
untuk memberi bantuan.
3. Semua peserta diminta untuk memikirkan arahan mengikut kreativiti kumpulan
kepada si penutup mata tanpa bercakap bagi memberi tunjuk arah untuk mecahkan
belon tersebut.
4. Apabila sudah berjaya memecahkan dua biji belon, peserta yang lain diminta
untuk menjawab teka-teki yang terdapat dalam belon tersebut.
5. Apabila sudah selesai, mereka akan mendapat kertas klu dan 1 pecahan puzzle
.
Objektif :
§
Pandai memberi arahan dengan baik
§
Saling tolong-menolong
§
Menguji pengetahuan
Checkpoint 5 (Mirza)
Nama Permainan : siapakah dia?
Bahan-bahan :
1. kertas solan
Arahan :
1. Peserta diminta untuk menyusun perkataan yang diterbalikkan untuk mengetahui siapakah para isteri nabi muhammad.
2 . kemudian, diminta untuk mencantumkan huruf yang bernombor untuk menjadi satu perkataan.
3 . seterusnya, mereka akan diberi satu puzzle.
Objektif :
§
Sabar menempuh ujian
§
Sifat toleransi sesama sahabat
§ pengetahuan mengenai isteri rasullah.
Checkpoint 6 (Hanis Sakinah )
di checkpoint ini, para peserta diminta untuk mencari kepingan puzzle yang terakhir untuk melengkapkan tugasan mereka.
12.30tgh hari : MAJLIS PENUTUP
majlis penutup telah dirasmikan oleh penasihat jalinan masyarakat kami iaitu Dr Muhammed bin Yusof . majlis berjalan dengan lancar.
penyampaian hadiah telah disampaikan kepada kumpulan yang berjaya.
 |
bacaan doa yang dipimpin oleh saudara kholil |
 |
ucapan dari wakil Masjid al-Khaidijiah |
 |
ucapan dari penasihat kursus jalinan masyarakat iaitu Ustaz Muhammed bin Yusof |
 |
semua yang terlibat menjayakan SYIS 2.0 |
alhamdullilah ya Allah. akhirnya berjaya juga menjayakan program SYIS (syoknya islam 2.0) di masjid khaidijiah selama 3 hari 2 malam.
banyak pengalaman yang telah dikutip sepanjang program ini berjalan dan kami sangat berharap agar kami diberi ruang dan peluang untuk bersama2 lagi peserta syis 2.0 .
TERIMA KASIH diucapkan kepada penasihat kami, Dr Muhammed bin Yusof , imam masjid al-khaidijiah, Ustaz Shahril. semua ahli JDPI tahun 1 dan tidak lupa kepada semua peserta syis2.0.
wallahua'alam.