Sunday, 31 May 2015

FORUM PERDANA 28/05/2015

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdullilah kerana allah aturkan lagi satu pertemuan dengan tokoh-tokoh yang masyhur dan mempunyai ilmu agama dan sains.





Antara pengisian yang telah dikutip dari forum perdana peristiwa agung isra' misraj;

Umat Islam pada hari ini harus belajar dan menimba ilmu berkaitan agama islam dan ilmu sains tanpa membezakannya kerana kalau kita melihat tokoh2 islam pada masa dahulu seperti al-khawarizmi, ibnu sina sangat mendalami ilmu sains dan perubatan di samping ilmu agama islam.
sains banyak diceritakan di dalam al-quran seperti kejadian cangkewala, kejadian bulan bintang dan bumi dan banyak lagi.

bayangkan, pada ketika nabi diisra'kan dari masjidil haram ke masjidil aqsa dalam sekelip mata,  dan di mi'rajkan dari masjidil aqsa ke sidratul muntaha .kejadian ini hanya berlaku pada juzu' (sebahagian dari waktu malam) sahaja. jika difikirkan dengan logik akal, sudah tentu ia satu perkara yang mustahil..
umat islam berimam bahawa kejadian ini adalah benar dan bukan penipuan.

Dr .syeikh muzaffar menceritakan bagaimana beliau sampai ke angkasa dan berada di sana. Beliau menggalakkan supaya umat islam mendalami ilmu sains dan kedoktoran di samping kewajipan mempelajari ilmu agama islam. beliau juga menggalakkan untuk ke angkasa lepas kerana di sana lebih banyak tanda2 kebesaran allah. andai beliau diberi peluang untuk ke sana lagi, beliau tidak akan berfikir panjang untuk berkata ya.









moh ler datang gerai kami...meh meh.. 


satu-satunya gerai khat

sebahagian peserta SYIS 2.0 yang datang..

menampilkan Dr. sheikh Muzaphar berbaju melayu biru..










bacaan doa..




promote sikit...




pengerusi majlis Siti Nadhirah Salleh




ce teka..siapakah itu  ??...hee



penyampaian sijil penghargaan kepada para penaja forum perdana..


masul JDPI tahun 1 



bila ustaz Mahadi berbicara...







sebahagian tetamu yang hadir...



Dr semangat menceritakan kisah perjalanannya di angkasa..







adik-adik SYIS 2.0



barisan ahli penel forum dan ajk masjid Jamek Khaidijiah..








ahli JDPI tahun 1 dan ajk masjid...


AJK Masjid Jamek Khaidijiah




terima kasih wa syukran kathir kepada Dr Anuar yang sudi datang ke forum perdana- majlis penutup program jalinan masyarakat JDPI...


alahai akak-akak...semakin bertambah..haha






Allahuma Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dengan segala kebesaran dan keagunganMu kami tak henti-hentinya mengucapkan puji serta syukur atas nikmat dan rahmatMU yang senantiasa diberikan kepada kami ....

"YA ALLAH, KAMI MENADAH TANGAN KEPADA-MU MEMOHON AGAR SEGALA AMALAN YANG KAMI LAKUKAN DITERIMA OLEH-MU DAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI-MU."

YA ALLAH SATUKANLAH HATI-HATI KAMI SEBAGAI SATU PAUTAN YANG KUKUH DAN AMPUNILAH SEGALA DOSA2 KAMI, DOSA2 KEDUA IBUBAPA KAMI, DOSA2 PENSYARAH KAMI, DOSA2 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI ATAS MUKA BUMI MU INI.
AMIN YA RABB..


Sekian sudah program Syoknya Islam 2.0 ( SYIS 2.0 ) 14 / 15...
Tq semua...





Saturday, 30 May 2015

HARI KETIGA 24/05/2015

ASSLAMUALAIKUM..

hari ini adalah hari terakhir kami sebagai fasi bersama2 adik2 peserta.
berat rasanya nak meninggalkan adik2.
banyak lagi kami nak kongsi bersama adik2 tapi masa memang mencemburui kita.
semoga allah aturkan lagi pertemuan seperti ini untuk kita sama2 berukhuwah dan menimba ilmu.
semoga ukhuwah yang terjalin dapat dikekalkan buat selama-lamanya..


hari ini dimulakan dengan senaman pagi.

7.00 pagi : SENAMAN PAGI















8.00pagi : WORK OUT YOUR STRENGTH

Work out your strength atau dikenali sebagai explorace adalah aktiviti yang mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri.
ia bukan sekadar bermain dan berlari tanpa tujuan tapi pelbagai aktiviti diadakan bagi mengcungkil kreativiti peserta dan menguji tahap pengetahuan para peserta .


Checkpoint Utama (Diana)
1.      Semua peserta berkumpul di suatu tempat untuk diberikan taklimat explorace.
2.      Peserta akan diberikan klu untuk ke Checkpoint 1.

TAKLIMAT DI CHECKPOINT UTAMA

1.      Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2.      Peserta dikehendaki menghabiskan 6 checkpoint.
3.      Di setiap checkpoint, peserta dikehendaki mendapatkan kertas klu untuk ke checkpoint seterusnya dan satu pecahan daripada puzzle.
4.      Setiap checkpoint diberikan masa 10 minit.
5.      Sebelum bermula, peserta dibekalkan 1 botol air mineral sahaja untuk setiap kumpulan.







Checkpoint 1 (Adlina & Nadhirah Che Ali)

Nama Permainan : Tangram Time

Bahan-bahan :
1.      Kepingan-kepingan kertas berlainan bentuk
2.      Kertas mahjong

Arahan :
1.      Peserta akan diberikan 1 keping gambar lengkap dan beberapa kepingan kertas berbagai-bagai bentuk.
2.      Kemudian, mereka dikehendaki mencantumkan kepingan-kepingan kertas yang berbagai-bagai bentuk tersebut berdasarkan gambar lengkap yang telah diberikan.
3.      Apabila sudah berjaya menyelesaikannya, mereka akan mendapat kertas klu dan 1 pecahan puzzle .

Objektif :
§  Menilai kekreatifan idea dan inovatif
§  Bekerjasama
§  Kekemasan dalam sesuatu kerja
















 Checkpoint 2 (Nasuha & Liyana Abidin)
Nama Permainan : Oh, mudah aje!

Bahan-bahan :

1.      Beberapa jenis kacang
2.      Mangkuk
3.      Sudu
4.      Garfu
5.      Copstick
6.      Straw

Arahan :

1.      Peserta akan diberikan 1 mangkuk yang berisi pelbagai jenis kacang di dalamnya dan satu mangkuk kosong.
2.      Kemudian, mereka dikehendaki memindahkan kacang-kacang tersebut ke dalam mangkuk yang kosong itu.
3.      Cara untuk memindahkannya, peserta diberi sudu dan garfu dan menggunakannya dengan cara yang terbalik.
4.      Apabila sudah berjaya menyelesaikannya, mereka dibenarkan memakan kacang tersebut dan mereka akan mendapat kertas klu serta 1 pecahan puzzle .

Objektif :
§  Berusaha selagi mampu dan sehingga berjaya
§  Bekerjasama
§  Jangan mudah berputus asa
k kreatif

















Checkpoint 3 (Lyana Shuhaida & Sakinah)

Nama Permainan : Eh, cantiknya kawan saya!

Bahan-bahan :
1.      Air

Arahan :
1.      Peserta diminta mencari kawasan lapang dan mempunyai tanah.
2.      Kemudian, mereka perlu mengambil sedikit tanah yang basah tersebut untuk memekap muka kawan.
3.      Selepas itu, mereka diminta untuk menunaikan solat dhuha 2 rakaat tanpa alas.
4.      Peserta diminta untuk sujud dan menghayati sujud itu.
5.      Apabila sudah selesai, mereka akan mendapat kertas klu dan 1 pecahan puzzle .

Objektif :
§  Berbuat baik kepada makhluk Allah yang lain
§  Menyedari asal penciptaan kita adalah daripada tanah
§  Menyemai ukhuwah antara peserta
§  Untuk mengingatkan manusia bahawa apabila kita dikebumikan, kita di bawah tanah bukan di atas tanah lagi.
    
















        Checkpoint 4 (Hadi)
Nama Permainan : Menggapai impian

Bahan-bahan :
1.      Belon
2.      Tepung
3.      Jarum peniti
4.      Kertas

Arahan :
1.      Peserta diminta memecahkan dua biji belon yang berisi tepung dan satu teka-teki.
2.      Seorang peserta diminta menutup mata manakala peserta yang lain diminta untuk memberi bantuan.
3.      Semua peserta diminta untuk memikirkan arahan mengikut kreativiti kumpulan kepada si penutup mata tanpa bercakap bagi memberi tunjuk arah untuk mecahkan belon tersebut.
4.      Apabila sudah berjaya memecahkan dua biji belon, peserta yang lain diminta untuk menjawab teka-teki yang terdapat dalam belon tersebut.
5.      Apabila sudah selesai, mereka akan mendapat kertas klu dan 1 pecahan puzzle .

Objektif :
§  Pandai memberi arahan dengan baik
§  Saling tolong-menolong
§  Menguji pengetahuan












Checkpoint 5 (Mirza)  
Nama Permainan : siapakah dia?

Bahan-bahan :
1.      kertas solan

Arahan :
1.      Peserta diminta untuk menyusun perkataan yang diterbalikkan untuk mengetahui siapakah para isteri nabi muhammad.
2 .   kemudian, diminta untuk mencantumkan huruf yang bernombor untuk menjadi satu perkataan.
3 .   seterusnya, mereka akan diberi satu puzzle.

Objektif :
§  Sabar menempuh ujian
§  Sifat toleransi sesama sahabat
§   pengetahuan mengenai isteri rasullah.












Checkpoint 6 (Hanis Sakinah )
di checkpoint ini, para peserta diminta untuk mencari kepingan puzzle yang terakhir untuk melengkapkan tugasan mereka.








12.30tgh hari : MAJLIS PENUTUP 

majlis penutup telah dirasmikan oleh penasihat jalinan masyarakat kami iaitu Dr Muhammed bin Yusof . majlis berjalan dengan lancar.
penyampaian hadiah telah disampaikan kepada kumpulan yang berjaya.







bacaan doa yang dipimpin oleh saudara kholil

ucapan dari wakil Masjid al-Khaidijiah


ucapan dari penasihat kursus jalinan masyarakat iaitu Ustaz Muhammed bin Yusof










semua yang terlibat menjayakan SYIS 2.0





















alhamdullilah ya Allah. akhirnya berjaya juga menjayakan program SYIS (syoknya islam 2.0) di masjid khaidijiah selama 3 hari 2 malam.
banyak pengalaman yang telah dikutip sepanjang program ini berjalan dan kami sangat berharap agar kami diberi ruang dan peluang untuk bersama2 lagi  peserta syis 2.0 .

TERIMA KASIH diucapkan kepada penasihat kami, Dr Muhammed bin Yusof , imam masjid al-khaidijiah, Ustaz Shahril. semua ahli JDPI tahun 1 dan tidak lupa kepada semua peserta syis2.0.


wallahua'alam.